Saturday, February 27, 2010

MAULIDUR RASUL ???

Selamat menyambut Maulidur Rasul tahun 1431 hijrah persamaan 2010 masihi. Bersempena Maulidur Rasul ini mari sama-sama kita menghayati definasi Maulidur rasul dan empat sifat Rasul.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari Maulidur rasul adalah bersempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Tarikh kelahiran rasul adalah perselisihan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan kelahiran rasul adalah 8,9,10,11,12 atau 13 Rabiul Awal. Walaupun demikian, kebanyakkan ulamak telah bersepakat menetapkan 12 Rabiul Awal sebagai tarikh kelahiran baginda.

Rasul merupakan seorang lelaki yang mendapatkan wahyu dari Allah SWT dan berkewajipan untuk menyebarkan wahyu. Rasul adalah wajib untuk kita mempercayainya kerana terdapat pada rukun iman yang ke-4. Rasul adalah utusan Allah yang telah mendapat jaminan dipelihara daripada perbuatan dosa dan salah (maksum). Sebelum baginda diangkat menjadi rasul baginda telah memiliki ciri-ciri kenabian / nubuwwah yang disebut juga dengan irhash. Nabi Muhammad SAW sejak kecil terkenal dengan akhlak yang mulia dengan sebutan al amin.

Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tarikh kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Adalah setiap perkara itu adalah bergantung kepada niat seseorang, siapalah kita untuk menilai sesuatu perkara terutamanya perkara yang berkaitan dengan ibadat. Hanya Allah sajalah yang mengetahui isi hati seseorang itu. "Sesungguhnya dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"..

Sifat-sifat para Rasul Allah SWT :
1. Siddiq / siddik / sidiq / sidik Siddiq bererti benar dalam perkataan dan perbuatan. Jadi mustahil bagi seorang Rasul adalah seorang pembohong yang suka berbohong.

2. Amanah / Amanat Amanah ertinya bertanggungjawab,jujur, atau dapat dipercayai. Jadi mustahil bagi rasul adalah seorang yang pengkhianat yang suka khianat.

3. Fathonah / Fathanah / Fatonah Fathonah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil bagi rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengetahui apa-apa.

4. Tabligh / Tablik / Tablig Tabligh adalah menyampaikan wahtu atau risalah dari Allah SWT kepada orang lain. Jadi mustahil bagi rasul untuk menyembunyikan dan merahsiakan wahyu / risalah Allah SWT.

Soalan : Adakah boleh kita meniru sifatnya, adakah kita hendak menjadi rasul?

Adalah tidak salah bagi kita jika mengikuti sifat Rasul kerana ianya memang dituntut. Ikutlah semampu yang boleh kerana ianya adalah sifat yang terpuji. Sabda Rasul : "Sesungguhnya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" muttafaqun alaih.

Dalam firman Allah pula : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).Surah Al hasr ayat 7.


Rujukan : wikipedia dan laman yang penulis dah lupa linknya.. Maaf..

1 comment:

mohad said...

info yang menarik..