Thursday, March 18, 2010

Asalnya Al-'Azazil II

Konon diantara para malaikat ada sebuah tempat disebut penempatan jin, diantara mereka terdapat iblis, iblis inilah yang menguasai para jin tersebut. Allah Ta'ala kemudianya memerintahkan jin tersebut untuk memerangi golongan jin lain yang membuat kerosakan dimuka bumi.

Allah Ta'ala kemudiannya mengirim iblis dengan bala tenteranya untuk memerangi golongan jin tersebut, dan ketika kedua pasukan bertemu iblis dan bala tenteranya menang dalam peperangan tersebut, mulailah muncul keangkuhan dan kesombongan di dalam hati iblis, maka diujilah iblis dengan perintah untuk bersujud kepada Adam, ternyata iblis menolaknya, maka akibatnya ia diusir dari rahmat Allah.
Wallahu 'alam..

(Dua kisah ini dipetik oleh penulis asal iaitu Syeikh Muhammad Abduh Mughawiri setelah diringkaskannya dalam kitab Al bidayah wal nihayah karya Ibnu Kathir)

Monday, March 15, 2010

Asalnya Al-'Azazil

Kononnye dulu pernah ada sekelompok jin di bumi, kemudian Allah menciptakan jin lagi yang diantaranya terdapat iblis. Mereka turun ke bumi dan membunuh semua jin dimuka bumi, seterusnya mereka angkuh dan menyombongkan diri serta membuat kerosakan dimuka bumi. Kemudian Allah telah mengutus malaikat untuk membunuh mereka, maka turunlah malaikat dan membunuh mereka sehingga ke dasar lautan. Dan diantara bangsa jin itu ada yang ditawan, iaitu iblis, akhirnye iblis menyembah Allah, maka allah menjadikannya sebagai penjaga taman, ia biasa dipanggil 'Azazil. Ketika Allah menciptakan Adam a.s dan mengatakan kepada khalifah, para malaikat teringat akan perbuatan jin sebelumnya, maka mereka berkata:
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah ?(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".Al baqarah :30

Maka para malaikat pun menjadi tenang, mereka tidak berbuat apa-apa lagi kecuali mengucapkan salam kepada Allah tuhan semester alam, kerana watak mereka adalah taat dan beribadah. Disinilah letak ujian bagi sang tawanan, iblis, saat itu nampaklah watak jinnya yang dahulu, maka ia pun menolak dan menyombongkan diri. Kerana itu, Allah mengusirnya dari rahmatNya. Wallahu 'alam..

(Petikan kitab Zawaajul Jaani Min Banil Insaani Dari Syeikh Muhammad Abduh Mughawiri)

Thursday, March 11, 2010

Cara belajar kubik (Rubik Cube)

Tutorial Rubik Cube (kubik) B.Melayu

Sebarang masalah boleh emailkan pada ikram_casper@yahoo.com.

Selamat Mencuba....

Saturday, March 6, 2010

Perangai buruk jin dan manusia

Allah memberikan pada golongan jin yang berkemampuan sama ada untuk beriman atau menjadi kafir. Pada mulanya iblis beribadat bersama-sama malaikat tetapi setelah iblis ingkar untuk sujud kepada Adam maka ia telah menjadi kafir dan berubah rupanya.

Iblis lebih senang melakukan perbuatan-perbuatan jahat dan menikmatinya dengan sombong. Iblis telah menyeru makhluk lain (kalangan jin dan manusia) untuk mengikutinya dan begitu semangat untuk menjeruskan manusia kearah kemaksiatan. Maka dengan itu berhaklah bagi iblis akan seksaan yang amat pedih dan menghinakan.

Firman Allah ta'ala :
82 Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
83. " kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu Yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
(Surah As Shood : 82-83)

Dan firman Allah ta'ala lagi :
" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan jenismu dan Dengan orang-orang Yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
(Surah As Shood : 85)

Perkara ini juga berlaku kepada manusia. Jikalau manusia sudah rosak jiwanya atau perangainya , maka dia akan merasa senang dengan perbuatan jahatnya itu. Sehinggakan apa yang dilakukannya semuanya betul, ketahuilah ini adalah sama perangainya dengan iblis yang mana telah dinyatakan. Walaupun ia sudah tahu akan akibat perbuatannya itu tetapi disebabkan oleh sifatnya yang sombong, bongkak, ego dan sebagainya itu, maka ALLAH telah menetapkan tempatnya di akhirat.

Sabda Rasullullah S.A.W :
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
"Sesungguhnya didalam tubuh terdapat seketul darah, jika baik maka baiklah seluruh tubuh dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Itulah yang dinamakan hati" (Riwayat sohehain)