Monday, February 8, 2010

Pertarungan manusia dengan syaitan

Pada suatu ketika ada sebuah kampung dipedalaman telah menyekutukan Allah dengan menjadikan pokok besar sebagai sembahan mereka. Didalam kampung berkenaan juga terdapat seorang hamba Allah beriman yang sering menghalang penduduk kampung tersebut daripada menyembah pokok besar itu.

Disebabkan sikap penduduk kampung tersebut yang tidak menghiraukan nasihat hamba Allah tersebut, maka beliau pun telah mengambil keputusan dan bertekad untuk menebang pokok tersebut. Beliau tidak mempedulikan apa yang bakal diterimanya kerana perbuatannya itu hanyalah semata-mata kerana Allah.

Ketika beliau hampir sampai ke pokok besar berkenaan tiba-tiba muncul seorang (jelmaan syaitan) menghalangnya.

Orang : Apa kau mahu?

Hamba Allah : Aku mahu menebang pokok besar ini kerana ia disembah.

Orang : Kalau engkau sendiri tidak menyembah, apa salahnya bila orang lain menyembahnya.

Hamba Allah : Aku benar-benar akan menebangnya dengan membawa murka Allah.

Orang : Sebaiknya janganlah engkau menebang pokok ini, akan ku gantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Aku akan memberikanmu wang sebanyak 2 dinar setiap hari. Apabila engkau bangun pagi, pasti wang itu ada disisi bantal mu.

Hamba Allah : Ia untuk ku?? Dari mana wang itu?

Orang : Dariku.

Maka pulanglah lelaki itu dan mengharapkan wang dinarnya akan muncul dipagi hari keesokannya. Sepertimana yang telah dijanjikan, pada esoknya lelaki itu telah mendapati wang dinar tersebut berada disamping bantalnya. Keesokannya lagi lelaki berkenaan bangun pagi dan mendapati wang dinar yang telah dijanjikan itu tidak ada. Lelaki itu dalam keadaan marah mengambil kapaknya dan bertekad untuk menebang pokok besar itu. Maka telah jelmalah syaitan dengan rupanya yang sebelum ini.

Syaitan : Apa kau mahu??

Hamba Allah : Aku mahu tebang pokok itu kerana ia disembah.

Syaitan : Kau bohong.!! Kau takkan mampu untuk menebang pokok itu.

Maka lelaki itu pun menuju kearah pokok itu. Tiba-tiba syaitan menghempas tubuhnya ke tanah dan mencekiknya hingga nyaris mati.

Syaitan : Kau tu siapa? Aku ni siapa? Aku adalah syaitan. Pada awalnya kau datang hendak menebang pokok ini kerana Allah, ketika itu aku tidak mempunyai cara untuk menghalang kau. Kemudian aku berfikir untuk memujuk kau dengan wang dinar, sehinggalah kau tunduk meninggal niat kau itu. Tetapi kini kau telah datang dengan kemarahan kerana tidak beroleh wang dinar yang dijanjikan, maka aku telah menguasai kau.


Rujukan buku Berinteraksi dengan Jin (talbis iblis : 43)

No comments: