Monday, February 22, 2010

KISAH JIN MASUK ISLAM

Seorang wanita menderita penyakit aneh. Dari hari ke hari penyakitnya semakin teruk. Walupun suaminya telah membawanya ke doktor, namun penyakitnya tidak juga sembuh. Kemudian suaminya datang berjumpa dengan Syeikh Wahid Abdus Salam. Setelah Syeikh itu membacakan beberapa ayat Al-Quran, ternyata ada jin yang masih muda masuk ke dalam tubuh wanita itu.

Nama jin itu adalah Gergus. Tetapi Syeikh Wahid berjaya mengeluarkan jin itu dan mengislamkannya, lalu menukar namanya menjadi Khalid.

Malangnya, dua bulan kemudian, wanita itu sakit lagi. Suaminya membawanya semula kepada Syeikh Wahid untuk disembuhkan. Setelah Syeikh membacakan beberapa ayat Al-Quran, tiba-tiba ada jin bersuara lantang kepada Syeikh Wahid menerusi lisan wanita itu : "Apa yang kamu inginkan dari kami!"

Syeikh : Siapa namamu?

Jin : Yohanes

Syeikh : Kalau begitu, tentu kamu beragama kristian?

Jin : Ya

Syeikh : Kenapa kamu masuk ke dalam jasad wanita Muslim ini?

Jin : Kerana kamu telah mengambil anakku, Gergus. Kamu telah pula mengislamkannya, sehingga aku menjadi murka dan ingin membalas dendam.

Syeikh : Saya menawarkan Islam kepadamu dan kamu bebas samada menerima atau menolaknya.

Jin : Sebaiknya kamu diam dan tak payah banyak kerenah.

Syeikh : Mengapa ?

Jin : Kerana saya adalah seorang pendeta Kristian di kalangan bangsa jin.Bagaimana mungkin saya mahu masuk Islam?

Syeikh : Kalau begitu terangkanlah agama kristian kepadaku. Selepas itu, aku akan menerangkan pula mengenai agama Islam kepadamu. Siapa yang berjaya meyakinkan di antara kita kebenaran di antara kedua-dua agama ini, maka hendaklah ia masuk ke dalam agama yang benar, tetapi dengan syarat tidak fanatik dan mestilah ikhlas. Semoga Allah menunjuki kita semua kepada jalan yang benar.

Jin : Baiklah….Kamu jelaskan terlebih dahulu mengenai Islam.

Syeikh Wahid Abdus Salam menerangkan kepada jin itu menganai Islam dengan terlebih dahulu mendedahkan kepalsuan agama kristian. Walaupun jin itu cuba membantahnya, tetapi dia terpaksa akur dengan keterangan Syeikh Wahid, kerana hujahnya yang kuat. Syeikh itu tidak pindah dari satu tajuk ke tajuk lain sehingga jin itu merasa puas dengan keterangan dan hujah yang diberikan. Kemudian Syeikh menerangkan mengenai keistimewaan agama Islam dan kesesuaiannya untuk segala azam dan tempat. Sebagai penutup hujahnya, Syeikh Wahid membacakan sebuah ayat Al-Quran untuk lebih meyakinkan jin itu.

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang beriman ialah orang-orang yang berkata :"Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib juga kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasulullah(Muhammad SAW), kamu lihat mata mereka menitikkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata : "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad SAW).
Mengapakah kami tidak akan beriman kepada Allah dan kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh? Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan (yakni) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan(bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Al-Maidah:82-85)
Selepas mendengar ayat tersebut, jin itu menitiskan air matanya seraya berkata : "Aku beriman…aku beriman…..aku beriman."

Syeikh : Apakah kamu beriman dari hatimu atau kerana takut kepada seseorang?

Jin : Kamu tidak dapat memaksa aku untuk berbuat sesuatu. Saya telah beriman kepada Allah dengan ikhlas.

Syeikh : Kalau begitu, ucapkanlah syahadat dan bertaubatlah.

Jin : (Jin itu kemudian mengucapkan syahadat dan bertaubat).Tetapi jika jin lain mengetahui keislamanku, pasti mereka akan membunuhku.

Syeikh : Kamu akan tinggal di tengah-tengah jin Muslim dan mereka akan melindungimu. Jin : Tetapi aku ingin melihat anakku, Khalid.

Syeikh : Pergilah ke Masjid itu dan panggillah dia. (Kemudian Khalid datang seraya mengucapkan salam kepada bapanya. Syeikh Wahid bertanya khabar mengenai Khalid. Maka terjadilah dialog di antara mereka)

Khalid : Alhamdulillah, saya gembira sekali sejak saya masuk Islam dan berkumpul bersama saudara-saudara ku jin Muslim. Islam adalah kebahagiaan dan kegembiraan, yang menenangkan jiwa kami. Saya semakin bertambah bahagia ketika mengetahui keislaman bapaku.

Syeikh : Wahai Khalid, apakah kamu ada mengenali salah seorang pemuda perkasa di kalangan jin Muslim?

Khalid : Ya, cukup ramai yang saya kenali.

Syeikh : Panggillah salah seorang dari mereka.

Khalid : (Ia memanggil pemuda dari bangsa jin, yang segera datang sambil mengucapkan salam).

Syeikh : Wa'alaikumus Salam. Apakah kamu sanggup membela dan melindungi saudaramu dari kekejaman jin kristian?

Pemuda : Ya, dengan izin Allah. Kami terdiri dari para pemuda yang gagah, kami tidak akan menyerahkan saudara kami sesame Muslim kepada musuh-musuh kami, kami akan pertahankannya walaupun kami harus terbunuh kerana membelanya. (Lalu pemuda jin itu membawa Yohanes ke kumpulan mereka dan hidup sebagai satu jemaah Muslim. Di rasuk kembali.

Tetapi satu bulan kemudian, wanita yang telah disembuhkan oleh Syeikh Wahid itu kembali sakit dan dirasuki jin. Suami wanita itu membawa semula isterinya kepada Syeikh Wahid untuk diubati. Setelah membacakan beberapa ayat Al-Quran, jin yang memasuki tubuh wanita itu mulai menunjukkan reaksi marah.

Syeikh : Bismillah….siapa namamu?

Maryam : Maryam

Syeikh : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh wanita ini?

Maryam : Untuk membalas dendam kerana suamiku dan anakku telah kamu Islamkan.

Syeikh : Jadi, kamu kristian?

Maryam : Ya

Syeikh : Dengarkan dariku satu kalimat

Maryam : Separuh kalimat pun aku tidak mendengarnya

Syeikh : Apakah kamu tahu apa yang akan saya katakana?

Maryam : Ya, kamu akan mengemukakan ajaran Islam kepadaku.

Syeikh : Apakah kamu sudah mengenaliku?

Maryam : Ya, kamu Wahid. Saudara-saudaraku sesame jin telah berpesan kepadaku agar tidak mendengar sesuatu pun darimu kerana kamu menyihir manusia dan jin lalu kamu masukkan mereka ke dalam Islam.

Syeikh ; Kalau begitu, kemukakanlah ajaran kristian kepadaku terlebih dahulu, jika saya merasa kristian itu agama yang benar, maka saya akan masuk kristian bersamamu.Selepas itu, saya akan terangkan pula Islam kepadamu.

Maryam : Kenapa kamu mandi junub, padahal mani keluar dari satu anggota tubuh sahaja?

Syeikh : Kerana mani menyerap tubuh sedemikian rupa, bahkan keluarnya dari seluruh anggota tubuh, terutama tulang punggung, hingga tubuh sangat keletihan serta penat. Oleh itu diperlukan mandi untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Maryam : (Diam)

Syeikh : Bagaimana akidahmu mengenai Isa bin Maryam?

Maryam : Isa adalah anak Tuhan.

Syeikh : Mengapa kamu memakai salib di leher?

Maryam : Kerana orang-orang Yahudi terkutuk telah membunuh dan menyalibkan Isa.

Syeikh : Apakah Tuhan tidak mampu menjaga dan melindungi anaknya?

Maryam : (Diam)

Syeikh : Kalau begitu dia bukan anak Tuhan.

Maryam : Kamu mengatakan Isa bukan anak Tuhan?

Syeikh : Ya

Maryam : Lalu, siapa pula bapanya?

Syeikh : Allah telah membuat empat perumpamaan berbeza-beza agar kita mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Keempat-empat contoh itu adalah :
1. Allah menciptakan manusia tanpa ayah dan ibu, ia adalah Adam;
2. Allah menciptakan manusia dari seorang bapa tanpa ibu, ia adalah Hawa;
3. Allah menciptakan manusia dari seorang ibu tanpa bapa, ia adalah Isa;
4. Allah menciptakan manusia dari seorang bapa dan ibu, ia adalah semua manusia.

Kalau ada yang mengatakan bahawa Isa itu anak Tuhan kerana dia tidak mempunyai bapa, maka sepatutnyalah kita katakan pula bahawa Hawa anak perempuan Tuhan kerana dia tidak mempunyai ibu. Sesungguhnya ini adalah satu kebatilan yang sangat bertentangan dengan akal.

Maryam : Kalau begitu, bagaimana akidahmu mengenai Isa?

Syeikh : Kami tidak mengatakan dia adalah anak zina sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Yahudi. Kami juga tidak mengatakan bahawa dia adalah anak Tuhan sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani. Tetapi kami mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah dan RasulNya, kalimat dari ruh-Nya yang ditiupkan ke dalam tubuh Maryam dan Allah menciptakan dengan kalimat "Qun" (jadilah)

Maryam : Keteranganmu adalah benar dan masuk akal. Bolehkah engkau becakan beberapa ayat Al-Quran kepadaku?

Kemudian Syeikh Wahid membacakan Al-Quran yang bermaksud "Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut(kepada Allah), iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (yakni) Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. KepunyaanNya semua yang ada di langit dan bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. ;" ( Thaahaa :1-6)

Setelah mendengar ayat tersebut, Maryam menyatakan keislamannya dan membaca syahadat di hadapan Syeikh Wahid. Kemudian dia tinggal bersama-sama suami dan anaknya yang telah terlebih dahulu masuk Islam.

1 comment:

Kiko Berdendang said...

Saya telah mengkopi kisah ini. Mohon dibenarkan ya.