Monday, October 29, 2007

Penghayatan


Setiap kali kita menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba, apakah kita melakukannya dengan penuh kekhusyukan dan keikhlasan?.
Adakah setiap ibadat yang kita lakukan akan diterima oleh pencipta kita?.
Sempurnakah amalan kita dengan membekalkan ilmu yang tidak seberapa?.

Sama-samalah kita memperbaiki setiap kelemahan pada diri kita. Bukan mudah bagi kita untuk menempah sesuatu kediaman yang tidak tergambar indahnya lagi kekal abadi. Sebahagian kita hanya melakukan setiap perkara atau sesuatu ibadat itu dengan endah tak endah sahaja, apa yang harapkan oleh mereka setiap perkara atau sesuatu ibadat itu dapat diselesaikan dengan segera. Apakah mungkin perkara sedemikian akan mendapat keputusan yang baik.

Cuba renungkan.. Apabila kita menghadapi peperiksaan diperingkat rendah, menengah atau universiti kemudian kita lakukan dengan bersahaja(jawab dengan tidak memahami maksud soalan) dan cepat, adakah kita akan mendapat keputusan dengan cemerlang?.

Tuesday, October 23, 2007

Peringatan...

Firman Allah SWT : [103.1] Demi Masa! [103.2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [103.3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.