Konon diantara para malaikat ada sebuah tempat disebut penempatan jin, diantara mereka terdapat iblis, iblis inilah yang menguasai para jin tersebut. Allah Ta'ala kemudianya memerintahkan jin tersebut untuk memerangi golongan jin lain yang membuat kerosakan dimuka bumi.
Allah Ta'ala kemudiannya mengirim iblis dengan bala tenteranya untuk memerangi golongan jin tersebut, dan ketika kedua pasukan bertemu iblis dan bala tenteranya menang dalam peperangan tersebut, mulailah muncul keangkuhan dan kesombongan di dalam hati iblis, maka diujilah iblis dengan perintah untuk bersujud kepada Adam, ternyata iblis menolaknya, maka akibatnya ia diusir dari rahmat Allah.
Wallahu 'alam..
(Dua kisah ini dipetik oleh penulis asal iaitu Syeikh Muhammad Abduh Mughawiri setelah diringkaskannya dalam kitab Al bidayah wal nihayah karya Ibnu Kathir)
Thursday, March 18, 2010
Monday, March 15, 2010
Asalnya Al-'Azazil
Kononnye dulu pernah ada sekelompok jin di bumi, kemudian Allah menciptakan jin lagi yang diantaranya terdapat iblis. Mereka turun ke bumi dan membunuh semua jin dimuka bumi, seterusnya mereka angkuh dan menyombongkan diri serta membuat kerosakan dimuka bumi. Kemudian Allah telah mengutus malaikat untuk membunuh mereka, maka turunlah malaikat dan membunuh mereka sehingga ke dasar lautan. Dan diantara bangsa jin itu ada yang ditawan, iaitu iblis, akhirnye iblis menyembah Allah, maka allah menjadikannya sebagai penjaga taman, ia biasa dipanggil 'Azazil. Ketika Allah menciptakan Adam a.s dan mengatakan kepada khalifah, para malaikat teringat akan perbuatan jin sebelumnya, maka mereka berkata:"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah ?(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".Al baqarah :30
Maka para malaikat pun menjadi tenang, mereka tidak berbuat apa-apa lagi kecuali mengucapkan salam kepada Allah tuhan semester alam, kerana watak mereka adalah taat dan beribadah. Disinilah letak ujian bagi sang tawanan, iblis, saat itu nampaklah watak jinnya yang dahulu, maka ia pun menolak dan menyombongkan diri. Kerana itu, Allah mengusirnya dari rahmatNya. Wallahu 'alam..
(Petikan kitab Zawaajul Jaani Min Banil Insaani Dari Syeikh Muhammad Abduh Mughawiri)
Thursday, March 11, 2010
Cara belajar kubik (Rubik Cube)
Tutorial Rubik Cube (kubik) B.Melayu
Sebarang masalah boleh emailkan pada ikram_casper@yahoo.com.
Selamat Mencuba....

Saturday, March 6, 2010
Perangai buruk jin dan manusia
Allah memberikan pada golongan jin yang berkemampuan sama ada untuk beriman atau menjadi kafir. Pada mulanya iblis beribadat bersama-sama malaikat tetapi setelah iblis ingkar untuk sujud kepada Adam maka ia telah menjadi kafir dan berubah rupanya. Iblis lebih senang melakukan perbuatan-perbuatan jahat dan menikmatinya dengan sombong. Iblis telah menyeru makhluk lain (kalangan jin dan manusia) untuk mengikutinya dan begitu semangat untuk menjeruskan manusia kearah kemaksiatan. Maka dengan itu berhaklah bagi iblis akan seksaan yang amat pedih dan menghinakan.
Firman Allah ta'ala :
82 Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
83. " kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu Yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
(Surah As Shood : 82-83)
Dan firman Allah ta'ala lagi :
" Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan jenismu dan Dengan orang-orang Yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
(Surah As Shood : 85)
Perkara ini juga berlaku kepada manusia. Jikalau manusia sudah rosak jiwanya atau perangainya , maka dia akan merasa senang dengan perbuatan jahatnya itu. Sehinggakan apa yang dilakukannya semuanya betul, ketahuilah ini adalah sama perangainya dengan iblis yang mana telah dinyatakan. Walaupun ia sudah tahu akan akibat perbuatannya itu tetapi disebabkan oleh sifatnya yang sombong, bongkak, ego dan sebagainya itu, maka ALLAH telah menetapkan tempatnya di akhirat.
Sabda Rasullullah S.A.W :
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
"Sesungguhnya didalam tubuh terdapat seketul darah, jika baik maka baiklah seluruh tubuh dan jika rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Itulah yang dinamakan hati" (Riwayat sohehain)
Saturday, February 27, 2010
MAULIDUR RASUL ???
Selamat menyambut Maulidur Rasul tahun 1431 hijrah persamaan 2010 masihi. Bersempena Maulidur Rasul ini mari sama-sama kita menghayati definasi Maulidur rasul dan empat sifat Rasul.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari Maulidur rasul adalah bersempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Tarikh kelahiran rasul adalah perselisihan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan kelahiran rasul adalah 8,9,10,11,12 atau 13 Rabiul Awal. Walaupun demikian, kebanyakkan ulamak telah bersepakat menetapkan 12 Rabiul Awal sebagai tarikh kelahiran baginda.
Rasul merupakan seorang lelaki yang mendapatkan wahyu dari Allah SWT dan berkewajipan untuk menyebarkan wahyu. Rasul adalah wajib untuk kita mempercayainya kerana terdapat pada rukun iman yang ke-4. Rasul adalah utusan Allah yang telah mendapat jaminan dipelihara daripada perbuatan dosa dan salah (maksum). Sebelum baginda diangkat menjadi rasul baginda telah memiliki ciri-ciri kenabian / nubuwwah yang disebut juga dengan irhash. Nabi Muhammad SAW sejak kecil terkenal dengan akhlak yang mulia dengan sebutan al amin.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tarikh kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Adalah setiap perkara itu adalah bergantung kepada niat seseorang, siapalah kita untuk menilai sesuatu perkara terutamanya perkara yang berkaitan dengan ibadat. Hanya Allah sajalah yang mengetahui isi hati seseorang itu. "Sesungguhnya dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"..
Sifat-sifat para Rasul Allah SWT :
1. Siddiq / siddik / sidiq / sidik Siddiq bererti benar dalam perkataan dan perbuatan. Jadi mustahil bagi seorang Rasul adalah seorang pembohong yang suka berbohong.
2. Amanah / Amanat Amanah ertinya bertanggungjawab,jujur, atau dapat dipercayai. Jadi mustahil bagi rasul adalah seorang yang pengkhianat yang suka khianat.
3. Fathonah / Fathanah / Fatonah Fathonah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil bagi rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengetahui apa-apa.
4. Tabligh / Tablik / Tablig Tabligh adalah menyampaikan wahtu atau risalah dari Allah SWT kepada orang lain. Jadi mustahil bagi rasul untuk menyembunyikan dan merahsiakan wahyu / risalah Allah SWT.
Soalan : Adakah boleh kita meniru sifatnya, adakah kita hendak menjadi rasul?
Adalah tidak salah bagi kita jika mengikuti sifat Rasul kerana ianya memang dituntut. Ikutlah semampu yang boleh kerana ianya adalah sifat yang terpuji. Sabda Rasul : "Sesungguhnya aku ini diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" muttafaqun alaih.
Dalam firman Allah pula : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).Surah Al hasr ayat 7.
Rujukan : wikipedia dan laman yang penulis dah lupa linknya.. Maaf..

Subscribe to:
Posts (Atom)