Tuesday, June 15, 2010

Bermulanya cabaran 2..

Alhamdulillah, serba sedikit mereka tahu tentang alam jin ini. Mereka tertarik untuk mempelajari bidang perubatan islam ini. Atas minat ingin belajar mengenai dunia rawatan islam ini, mereka meminta ana untuk mengajar mengenainya. Apa pun ana perlu meminta izin dari guru ana dahulu. Hmm…

Alhamdulillah.. Setelah mendapat izin dari Ustaz Abdul Majid Hasan iaitu pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (Akrine) melalui sms, ana pun berfikir macam mana hendak menyampaikan sedangkan masa mencemburui kami dengan pengajian dan mengulang kaji pelajaran. Setelah berfikir sebaiknya, juga dengan cadangan para sahabat maka teknik rawatan Akrine dapat juga disalurkan kepada pelajar Malaysia di sini.

Pada awalnya ana yang kerdil ini terfikir siapalah diri ana ini yang baru saja belajar mengenai rawatan islam malah tidak ada pengalaman dalam rawatan melainkan merawat ahli keluarga dan jiran saja. Memikirkan tentang hadis Nabi S.A.W:

بلغوا عني ولو آية
Bermaksud : “sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat”

Atas kesedaran ini ana memulakan sesi pengajian mingguan kerana nak menghabiskan dalam masa yang singkat amat mustahil kerana kami selaku pelajar disini amat terhad masanya. Dengan itu bermulalah episod ana mengajar rawatan islam yang bermulanya dengan 2 orang penuntut. (yang lainnya masih belum bersedia)

Macam-macam kisah yang terjadi dalam tempoh tersebut. Antaranya salah seorang penuntut ini, selepas dia melafazkan iqrar pemutus pada malamnya dia didatangi seorang yang dikenalinya, kemudiannya dia sentiasa ditindis sewaktu tidur serta menghadapi mimpi-mimpi yang mengerikan. Alhamdulillah selepas disyorkan untuk mengamalkan tahseen dan mathurat, kejadian tersebut jarang dialaminya lagi. Walaupun begitu, didalam tubuhnya masih terdapat saka keturunan yang masih bersembunyi.

Bersambung lagi insyaAllah..

No comments: