Sunday, October 16, 2011

PENGERTIAN DOA

Doa adalah satu kalimah yang mempunyai perngertian yang banyak. Antaranya ialah:

1. Doa adalah ibadat, maka tidaklah boleh beribadat kepada selain daripada Allah yang tidak dapat memberi manfaat dan mendatangkan kemudharatan.

2. Doa adalah memohon pengampuan dan pertolongan dari Allah. Hanya Allah sajalah yang dapat memberinya.

3. Doa adalah permintaan atau permohonan yang semata-mata ditujukan kepada allah.

4. Doa adalah percakapan, maksudnya ialah percakapan yang dicakapkan oleh ahli syurga.

5. Doa ialah penggilan, iaitu panggilan atau seruan Allah pada hari kiamat.

6. Doa adalah pujian, maka pujian yang hanya layak untuk menerima pujian ialah Allah.

1 comment:

IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.