Monday, December 13, 2010

Pengalaman - Santau

Selepas mana peristiwa kisah Z terdapat pula kisah pelajar yang baru datang pernah menerima rawatan santau tapi masih belum pulih.

Seorang adik sahabat ana bernama Faizal (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Malaysia telah datang ke yaman untuk belajar disini. Semasa dia sedang berehat diruang tamu rumah ana dia mengadu sakit kepala, kemudian ana pun buat aksi menarik dikepalanya dan berdoa semoga penyakit di kepalanya pergi.. Dalam 2-3 kali ana lakukan teknik tersebut, faizal keluar rumah dan muntah serta merta.

Kemudian faizal menceritakan pengalaman sakitnya dan rawatan ketika beliau di tanah air. Katanya, beliau pernah menerima rawatan sebagai pesakit yang terkena santau di tanah air sebelum berangkat ke yaman. Hasil rawatan tersebut telah keluar serpihan kaca dari bawah matanya dan beberapa bahagian lain dari tubuhnya. Adapun begitu faizal masih merasakan saki-baki santau tersebut.

Faizal merupakan seorang pelajar tahfiz yang aktif dalam dakwah dan menjadi imam di masjid-masjid. Pada bulan Ramadhan lepas beliau telah terpanggil untuk menjadi imam di masjid sekitar di negeri utara. Dan semasa beliau menjadi iman di masjid tersebut, beliau menjadi kesukaran untuk membaca al-quran tambahan pula beliau perlu mengulang al-quran untuk dibacanya ketika manjadi iman terawih. Beliau menjadi pelik, dan tahu kenapa.. tetapi beliau teruskan menjadi imam terawih dimasjid tersebut.

Selepas menjadi imam di masjid tersebut beliau masih merasai kesukaran untuk membaca al-quran dan sembahyang berjemaah, jika beliau solat secara sendirian beliau akan berasa lebih selesa. Kerana perubahan yang berlaku pada dirinya maka dia telah berjumpa dengan seseorang pengamal perubatan perempuan separuh umur yang mahir dengan penyakit-penyakit ganjil. Hasil daripada perjumpaan tersebut, beliau dikatakan telah disantau. Dan hasil daripada rawatan yang diberikan oleh pengamal perubatan tersebut,maka telah keluarnya serpihan kaca-kaca kecil dan habuk dari bahagian bawah matanya dan seluruh tubuhnya.

Selang beberapa ketika seplepas itu beliau telah berangkat bersama teman seperjuangannya ke Yaman untuk menyambung pengajiannya. Ketika sampai ke sini beliau merasai semula keadaan tersebut, tiap kali bila beliau ingin baca al-quran maka ketika itulah terasa sakit dibahagian kerengkong dan terdapat gelema (lendiran di kerengkong), tiap kali beliau solat berjemaah pula ketika itu juga badannya terasa gatal-gatal dan tidak sedap badan.

Selesai mendengar luahannya itu, maka kami telah menetapkan hari untuk sesi rawatan. Teringat lagi ana ketika ustaz Syakirin memberitahu cara-cara merawat santau. Cuma ana menggunakan sumber air, tidak menggunakan daun sederi (kerana untuk mencari daun tersebut disini). Air zam-zam yang diruqyah telah disediakan untuk diberikan minum sebelum rawatan, kemudian air ruqyah digunakan untuk spray pada beberapa bahagian.

Selepas diberi minum dan air ruqyah telah dispraykan, maka kaedah tepuk digunakan dan antara ayat yang dibaca adalah surah Al-mukminun ayat 115-117 sebanyak 21 kali. Kemudian kaedah ditepuk secara keatas dari tulang sulbi sehingga ke pangkal leher dibuat. Alhamdulillah, selang beberapa minit beliau telah muntah dengan banyak sekali, terdapat juga rambut bersama dengan muntahan tersebut. MasyaAllah..

Alhamdulillah.. selepas peristiwa tersebut, pesakit mulai rasa perubahan yang ada pada dirinya.. Semoga beliau sembuh dari segala penyakit..

1 comment:

IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.