Thursday, November 18, 2010

Pengalaman II

Setelah mendapat tahu cara rawatan penyakit Z, ana pun terus mengamalkan apa yang diberitahu oleh ustaz Syakirin. Cumanya daun sederi disini susah untuk didapati, jadi ana gunakan teknik dalam e-book Ridam iaitu dengan menggunakan air ruqyah dan garam. Kemudian ana gunakan air zam-zam semoga dengan keberkatan dan khasiat yang terdapat dalamnya memberi kesembuhan pada Z.

Sambil membaca ruqyah ana buat aksi menolak dari bawah ke atas. Selang beberapa minit kelihatan Z bersendawa dengan begitu banyak, kemudian Z terus berlari dari katil menuju ke tandas. “Ish, tadi lemah sangat macam mana dia boleh lari dengan kuat” bisik hati ana. Buuuweeek… kami terdengar Z muntah didalam tandas, begitu banyak yang dimuntahkan oleh Z kedalam singgki tandas. Kami tak sempat nak tengok apa yang dimuntahkan oleh Z, kerana singki rumah Z tidak ada penapis untuk singki tapi yang pastinya Z muntah dengan banyak sekali.

Sesudah Z muntah dia terus ke katil merehatkan tubuhnya sambil dipapah oleh sahabat ana. Kemudian kami menyuruhnya mengucap, Alhamdulillah Z dapat sebut dengan betul dan jelas. Tetapi apa yang rungsingnya Z banyak cakap dalam bahasa arab. Jika ditanya “kenal ana tak” dia akan mengulangi perkataan itu. Tetapi jika ditanya dalam bahasa arab, boleh je dia jawab.

Ana teruskan rawatan dengan bacaan ruqyah, selang beberapa minit Z terus memandang ana dengan tajam. Kemudian adik Z yang turut bersama kami dari tadi memberitahu Z masih tak makan apa-apa dari tengahari tadi. Ana menghentikan ruqyah dan menanyakan Z ,

“nak makan tak, nak makan ape”.

Z : naaak.. maakaaan.. taak…

Kemudian sahabat ana bertanya dalam bahasa arab:

Hal turiidu an ta’kul? Wa maza turiid? (Adakah engkau nak makan? Engkau nak apa?)

Z : aiwah.. naaam… (iya.. ya…)

Paham pulak si Z ni dalam bahasa arab. Tanpa berlengah adik Z pergi ke kedai membeli biskut nestum untuk diberikan pada Z.

Kami sama-sama menjamu selera sambil berbual dengan Z dengan bahasa arab. Memandangkan sudah lewat malam maka kami terpaksa memberhentikan dulu rawatan pada Z dan menyatakan pada adik Z untuk menyambung merawat Z pada esok pagi.

Keesokkannya kami datang, dan mendapati Z seolah pulih dan sihat seperti biasa kala. Walaupun begitu ana tetap perlu menghabiskan rawatan dan proses rawatan seterusnya kami berbekam. Semoga Z disembuhkan dari segala penyakit dan dipelihara dari pelbagai gangguan.

Sebelum kami pulang ana memberikan Z sedikit amalan harian untuk dijadikan amalan harian bagi mengelak dan terpelihara dari apa-apa gangguan.

Sama-sama kita doakan semoga Z disembuhkan dari segala penyakit zahir dan batin.

WaAllahu a‘lam..

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.