Wednesday, November 7, 2007

Hak milik

Firman Allah: Dan sungguh Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakannya dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan unutk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk memdengarkan ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (surah Al-a'raaf 179) Apa yang sebenarnya yang menjadi milik kita? Kita tidak memiliki apa-apa pun. Kita hanya diberi pakai untuk sementara sahaja dengan kata lain hanyalah untuk pinjaman sementara sahaja. Kita sebagai Khalifah yang diberikan kuasa untuk menikmatinya. Segala kekayaan, isteri, anak-anak, saudara mara, kawan-kawan dan lain-lain yang menjadi milik kita dimuka bumi ini semuanya hanyalah untuk sementara sahaja. Kekayaan tidak akan kekal, akan habis dan rosak bahkan ia akan menambah tempoh perjalanan kita di Padang Masyar kelak. Manakala isteri, anak-anak, saudara mara, kawan-kawan pasti akan meninggalkan kita, tidak pun kita yang akan meninggalkan mereka. Firman Allah:
  • Sesungguhnya kami ini adalah milik Allah, dan kepadaNya lah tempat kami kembali ( surah Al-baqarah 156)
  • Sesungguhnya kepada Tuhanmulah semuanya kembali (surah Al-Alaq 8)
Oleh kerana kita hanyalah memiliki hak yang sementara, maka selayaknya kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah ini sebaiknya kita gunakan untuk memanfaatkan orang lain dan mengabdikan diri kepada Allah.

1 comment:

HIKMAH YAMAN MANAGEMENT said...

saya tertarik la dengan artikel encik ni.. encik ni belajar mana ?