Saturday, November 6, 2010

Alam jin dan Syaitan (2)

Allah S.W.T telah diceritakan kepada kita sesungguhnya jin diciptakan daripada api dalam firmannya; Surah Al-Hijr ayat 27;
27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.


Dan dalam surah Ar-rahman pula ayat 15;
15. dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang;


Dan sesungguhnya berkata Ibnu Abbas, ‘Akrimah, Mujahid dan Hasan dan lain-lain pada perkataan “dari lidah api Yang menjulang-julang” adalah hujung nyala api. Dalam riwayat lain adalah daripada kesucian dan kebaikan hujung nyala api tersebut. Berkata Imam Nawawi dalam syarahannya dalam sohih muslim “مارج " iaitu nyala api yang bercampur dengan api kehitaman. Dalam hadis yang dikeluarkan Imam Muslim daripada A’ishah berkata; berkatanya Rasulullah S.A.W ; “diciptakan malaikat daripada cahaya, dan diciptakan jin daripada lidah api yang menyala, dan diciptakan Adam daripada apa yang disifatkan bagi kamu”.


Terjemahan kitab :Alam jin dan syaitan

Pengarang : Sheikh Doktor Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar

Tuesday, October 5, 2010

Dosa membutakan mata hati, memadamkan cahaya hati, menutup jalan-jalan ilmu serta menghijab hidayah Allah..

Akibat dan balasan orang yang melakukan dosa akan mengakibatkan mata hati, cahaya hati terpadam, menutup jalan-jalan ilmu dan jalan-jalan hidayah Allah akan terhijab. Antara pesanan guru Imam As-Syafie iaitu Imam Malik RA mengatakan

“Aku telah menyaksikan bahawa Allah SWT telah menganugerahkan nur atau cahaya dalam hatimu, maka janganlah engkau memadamkannya dengan kegelapan dosa dan maksiat”

Maka bertambahlah kegelapan dalam diri manusia yang sentiasa melakukan dosa, justeru hilang serta semakin malaplah cahaya hati yang ada pada diri mereka. Apabila kegelapan semakin bertambah didalam hati manusia maka, mereka tidak lagi merasa dosa atau maksiat yang dilakukan bahkan mereka menganggap dosa-dosa tersebut begitu remeh.

Dan apabila hati telah ditutupi dengan kegelapan maka jadilah manusia ibarat orang buta yang berjalan diwaktu malam sedang menempuh jalan yang penuh dengan bahaya, maut dan kebinasaan. Alangkah mudahnya terdedah kepada kebinasaan, lama- kelamaan kegelapan maksiat semakin kuat, menular didalam hati ke segenap anggota tubuh badan. Dan begitu juga wajah yang asalnya mempunyai cahaya telah menjadi hilang dan diliputi kegelapan menurut dosa dan maksiat yang dilakukannya.

Firman Allah ta’ala;
“Dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Maka Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah Syaitan itu sebagai Temannya Yang tidak renggang daripadanya”.
Surah Al-Zukhruf ayat ; 36.

Apabila manusia mengendahkan ajaran serta petunjuk daripada Allah, maka Allah akan mengutuskan syaitan kepada manusia sebagai temannya. Ini akan menyebabkan manusia akan terus-menerus melakukan dosa dan lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Firman Allah ta’ala;
“ Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang fasik - derhaka.”
Surah As-soff ayat ; 5.

Peliharalah iman dan sentiasalah berwaspada terhadap apa jua perkara yang mengundang manusia kepada kegelapan dan kefasikan. Janganlah terlalu mengikut hawa nafsu semata-mata, ia hanyalah untuk kepuasan duniawi yang bersifat sementara sahaja.

Tuesday, August 24, 2010

Alam jin dan syaitan (1)

Pengetahuan: Alam jin bebas lagi bertukar

Alam jin bukanlah alam manusia dan alam malaikat, antara mereka dan manusia dikadarkan dengan sifat-sifat seperti sifat akal serta mempunyai ciri-ciri yang halus. Dan daripada mana-mana jin adalah berkemampuan untuk memilih samaada jalan yang baik atau jahat. Kebanyakkan perselisihan manusia adalah pada perkara yang terpenting iaitu perhubungan jin adalah berbeza dengan asal kejadian manusia.

Kenapa dinamakan jin :

Dan dinamakan jin ini sesuai bagi mereka : iaitu, tersembunyi daripada pandangan, berkata Ibnu ‘Aqil : sesungguhnya dinamakan jin ini pada mereka adalah kerana tersembunyi daripada pandangan mata. Dan dinamakan juga jinni dengan jin dan dinamakan juga mujinni ( berlindung) dengan jin untuk menghadang bagi bertembung dalam peperangan. Seperti dalam firman Allah Taala dalam surah Al-A’raaf ; 27;

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu Dengan keadaan Yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang Yang tidak beriman.



Terjemahan kitab :Alam jin dan syaitan

Pengarang : Sheikh Doktor Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Rasanya dah masih tak terlambat bagi ku mengucapkan ramadhan mubarak untuk semua..
Disini ada beberapa perihal mengenai bulan Ramadhan:

1. Para syaitan dibelenggu.

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikatkan semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,.." (Riwayat at-tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Iman Abu Hanifah, semua jin dan syaitan dibelengu. Namun masih ada orang yang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri manusia.

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu digandakan 70 kali.

3. Pintu neraka akan ditutup.

4. Dibuka semua pintu Syurga.

5. Allah perhiaskan syurga.

6. Dilepaskan tahanan neraka.

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah.

8. Tawaran pengampunan dosa lepas dan akan datang.

Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan. Semoga sama-sama kita meningkatkan lagi amalan dan ibadat serta memperelokkan akhlak kepada yang lebih baik.

Monday, July 5, 2010

Penglibatan jin dengan tubuh manusia

Ketetapan penglibatan jin dan kemasukannya dalam badan manusia yang menghidapnya ini adalah telah diakui oleh mazhab ahli sunnah wal jamaah. Seperti apa yang dikatakan oleh imam Ibnu Taimiyah ; kewujudan jin adalah ketetapan dari al-quran dan sunnah dan telah disepakati oleh keseluruhan ulamak. Jadi kemasukan jin dalam badan manusia adalah ketetapan yang telah disepakati oleh imam-imam ahli sunnah. Ini merupakan perkara yang menjadi penyaksian dan penghayatan bagi yang menelitinya dan memahaminya.

Jika kemasukan jin kedalam tubuh seseorang, dia akan mengatakan sesuatu dengan perkataan yang tidak diketahui dan tidak diketahuinya. Bahkan sekiranya ia memukul maka pukulannya itu tidak dia sedari walaupun pukulannya itu melibatkan sehingga kematian. Dia tidak merasai bahawa ia telah dikuasai jin (syaitan). Dan sabda Nabi S.A.W :

Sesungguhnya syaitan bergerak daripada badan anak adam seperti pengairan darah” Riwayat Bukhari dan Muslim

Telah berkata Abdullah ibnu Imam Ahmad ibnu Hanbal : “ telah bertanya aku pada ayahku : Sesungguhnya ada satu kaum ini mengatakan bahawa jin tidak masuk dalam tubuh manusia, maka berkata imam Ahmad : Wahai anakku, mereka itu berdusta dengan lisan jin”

(Majmu’ah fatawa Ibnu Taimiyah 24/277)


Terjemahan kitab (minhaj quraani)