Monday, July 5, 2010

Penglibatan jin dengan tubuh manusia

Ketetapan penglibatan jin dan kemasukannya dalam badan manusia yang menghidapnya ini adalah telah diakui oleh mazhab ahli sunnah wal jamaah. Seperti apa yang dikatakan oleh imam Ibnu Taimiyah ; kewujudan jin adalah ketetapan dari al-quran dan sunnah dan telah disepakati oleh keseluruhan ulamak. Jadi kemasukan jin dalam badan manusia adalah ketetapan yang telah disepakati oleh imam-imam ahli sunnah. Ini merupakan perkara yang menjadi penyaksian dan penghayatan bagi yang menelitinya dan memahaminya.

Jika kemasukan jin kedalam tubuh seseorang, dia akan mengatakan sesuatu dengan perkataan yang tidak diketahui dan tidak diketahuinya. Bahkan sekiranya ia memukul maka pukulannya itu tidak dia sedari walaupun pukulannya itu melibatkan sehingga kematian. Dia tidak merasai bahawa ia telah dikuasai jin (syaitan). Dan sabda Nabi S.A.W :

Sesungguhnya syaitan bergerak daripada badan anak adam seperti pengairan darah” Riwayat Bukhari dan Muslim

Telah berkata Abdullah ibnu Imam Ahmad ibnu Hanbal : “ telah bertanya aku pada ayahku : Sesungguhnya ada satu kaum ini mengatakan bahawa jin tidak masuk dalam tubuh manusia, maka berkata imam Ahmad : Wahai anakku, mereka itu berdusta dengan lisan jin”

(Majmu’ah fatawa Ibnu Taimiyah 24/277)


Terjemahan kitab (minhaj quraani)

Wednesday, June 30, 2010

MasyaAllah.. semua ketentuan adalah daripada Allah.. walau pun dah berada disini sudah lebih 2 bulan tetapi masih tak berubat siapa lagi.. Orang baru macam ana ni perlukan bantuan (backup).. dah la ilmu tak pun seberapa.. Alhamdulillah.. sekarang ni tengah kumpul tentera diyaman (rakan rawat)..

Peristiwa lagi.. satu malam pelajar sini bermesyuarat majlis kebajikan dirumah ana.. selepas mana mesyuarat ada seorang pelajar ni minta dirinya di scan. ana pun minta seorang sahabat ana (sudah tamat belajar teknik rawatan akrine) untuk sama scan pelajar tersebut.. kami pun nak buat scan guna tapak tangan iaitu dengan mencari bahagian mana yang ada gangguan.. sambil ana baca ruqyah pada tangan ana dengan tidak semena-mena pelajar tersebut bangun membuka langkah silat.. langkahnya seperti mahu menyerang ana, dengan kerisauan yang terbentak pada hati ana ni.. ana bangun pergi kebelakangnya.. dengan tiba-tiba pelajar tersebut pun berpusing menghala ke arah ana.. "Ya Allah apa yang perlu aku lakukan ni"

Maha Suci Allah dan Hanya BagiNyalah Segala Pujian.. ntah tiba-tiba ana laungkan takbir dan mengikat pelajar tersebut dengan ayatul qursi.. pelajar itu jatuh dan tak bergerak seolah-olah seperti diikat.. kemudia dia sedar dan mengatakan setiap pergerakkannya adalah bukan darinya, walaupun begitu dia sedar pergerakan tersebut cumanya dia tidak dapat mengawal dirinya.

Semuanya itu berlaku adalah ketentuan Allah.. Pada Allahlah tempat kita mengadu... Dan sekarang pelajar tersebut sudah menamatkan pengajian teknik rawatan Akrine disini.

Tuesday, June 15, 2010

Bermulanya cabaran 2..

Alhamdulillah, serba sedikit mereka tahu tentang alam jin ini. Mereka tertarik untuk mempelajari bidang perubatan islam ini. Atas minat ingin belajar mengenai dunia rawatan islam ini, mereka meminta ana untuk mengajar mengenainya. Apa pun ana perlu meminta izin dari guru ana dahulu. Hmm…

Alhamdulillah.. Setelah mendapat izin dari Ustaz Abdul Majid Hasan iaitu pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (Akrine) melalui sms, ana pun berfikir macam mana hendak menyampaikan sedangkan masa mencemburui kami dengan pengajian dan mengulang kaji pelajaran. Setelah berfikir sebaiknya, juga dengan cadangan para sahabat maka teknik rawatan Akrine dapat juga disalurkan kepada pelajar Malaysia di sini.

Pada awalnya ana yang kerdil ini terfikir siapalah diri ana ini yang baru saja belajar mengenai rawatan islam malah tidak ada pengalaman dalam rawatan melainkan merawat ahli keluarga dan jiran saja. Memikirkan tentang hadis Nabi S.A.W:

بلغوا عني ولو آية
Bermaksud : “sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat”

Atas kesedaran ini ana memulakan sesi pengajian mingguan kerana nak menghabiskan dalam masa yang singkat amat mustahil kerana kami selaku pelajar disini amat terhad masanya. Dengan itu bermulalah episod ana mengajar rawatan islam yang bermulanya dengan 2 orang penuntut. (yang lainnya masih belum bersedia)

Macam-macam kisah yang terjadi dalam tempoh tersebut. Antaranya salah seorang penuntut ini, selepas dia melafazkan iqrar pemutus pada malamnya dia didatangi seorang yang dikenalinya, kemudiannya dia sentiasa ditindis sewaktu tidur serta menghadapi mimpi-mimpi yang mengerikan. Alhamdulillah selepas disyorkan untuk mengamalkan tahseen dan mathurat, kejadian tersebut jarang dialaminya lagi. Walaupun begitu, didalam tubuhnya masih terdapat saka keturunan yang masih bersembunyi.

Bersambung lagi insyaAllah..

Saturday, June 5, 2010

Bermulaannya cabaran..

Assalamu'alaikum... Ya Allah.. dah lama betul rasanya tak update blog nie.. diri terlalu sibuk dengan urusan universiti, imigrasen yaman dan persatuan pelajar di yaman.. kelemahan diri ini juga antara faktor tidak terupdate blog ini.. Semoga Allah memberi kekuatan pada kita dalam setiap perkara demi memperjuangkan agamaNya..

Setibanya diyaman dalam seminggu.. ana dilontarkan dengan pelbagai soalan dan aduan.. ada yang ingin berbekam, ada yang ingin periksa penyakit dan yang peliknya ada yang suruh scan... ( aik.. macam deorang tau-tau aje ana masuk kursus rawatan islam )..

Baru seminggu di yaman, ana terpaksa berpindah ke rumah lain kerana rumah yang kami diami terlalu sempit dan kecil.. Alhamdulillah urusan rumah baru dah settle.. Kami dapat juga rumah yang cukup memuaskan lagi mempunyai laman yang sangat besar..

Minggu pertama tinggal dirumah tersebut, salah seorang sahabat yang tinggal bersama ana telah kesurupan (sepertinya ada gangguan).. Alhamdulillah.. dengan izin Allah, dengan berbekalkan ilmu yang amat sedikit ini semuanya telah pulih seperti biasa..

Atas rasa tanggungjawab, ana pun menceritakan serba sedikit tentang rawatan islam dan yang sama waktu dengannya.. dan memberi peringatan kepada sahabat serumah bahawa sebagai seorang pelajar terutama dalam jurusan agama ini banyak dugaannya, baik dari segi zahir mahupun yang ghaib, adapun demikian kita hendaklah membuat perbentengan pagi dan petang melalui bacaan zikir pilihan untuk melindungi diri dari sebarang kemungkinan..

bersambung lagi insyaAllah..

Saturday, April 10, 2010

Bukti kewujudan JIN

Seorang sahabat minta keizinan daripada Nabi untuk menengok isteri yang baru dikahwininya. Maka, nabi mengizinkannya dengan bersabda "
"Bawalah pedangmu, aku khuatir kaum Quraizhah mencarimu"
Dengan itu, pemuda tersebut lantas mengambil pedangnya dan pulang menengok isteri yang dicintainya. Setibanya pemuda itu, ia telah melihat isterinya berdiri di hadapan rumah. kerana kecemburuannya, pemuda itu menghalakan tombaknya kerana mensyaki isterinya berlaku curang. Melihat perilaku pemuda itu, lantas isterinya berkata: "tahan dulu tombakmu sampai kau tahu apa yang telah mengeluarkan aku dari rumah"

Pemuda itu pun terus masuk, ternyata ia menjumpai seekor ular yang sangat besar sedang melingkar diatas tilam. Maka, pemuda tersebut terus mengarahkan tombaknya lalu membawanya keluar serta menghempasnya ketanah. Tiba-tiba ular itu menyerangnya, dan kedua-duanya telah mati setelah berlaku pergelutan.

Setelah mengetahui perkara ini, Abu Sa'id dan sahabat menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa pemuda yang terbunuh itu. Maka mereka pun berkata: "Mohonlah kepada Allah untuk menghidupkannya bagi kami".

Maka, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Mohonlah keampunan untuk teman kamu itu"

kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di Madinah ada jin-jin yang telah memeluk islam, jika kamu melihat sesuatu dari mereka maka izinkanlah mereka selama 3 hari, tapi jika kamu telah nampak mereka sesudah itu (lebih dari 3 hari) maka bunuhlah mereka, kerana mereka itu adalah syaitan".

setelah itu Rasulullah bersabda: "Pergilah, dan kuburkan sahabat kamu itu".

Petikan dari kitab Fatawa Syeikhul Islam Ahmad Ibnu Taimiyah