Thursday, November 18, 2010

Pengalaman II

Setelah mendapat tahu cara rawatan penyakit Z, ana pun terus mengamalkan apa yang diberitahu oleh ustaz Syakirin. Cumanya daun sederi disini susah untuk didapati, jadi ana gunakan teknik dalam e-book Ridam iaitu dengan menggunakan air ruqyah dan garam. Kemudian ana gunakan air zam-zam semoga dengan keberkatan dan khasiat yang terdapat dalamnya memberi kesembuhan pada Z.

Sambil membaca ruqyah ana buat aksi menolak dari bawah ke atas. Selang beberapa minit kelihatan Z bersendawa dengan begitu banyak, kemudian Z terus berlari dari katil menuju ke tandas. “Ish, tadi lemah sangat macam mana dia boleh lari dengan kuat” bisik hati ana. Buuuweeek… kami terdengar Z muntah didalam tandas, begitu banyak yang dimuntahkan oleh Z kedalam singgki tandas. Kami tak sempat nak tengok apa yang dimuntahkan oleh Z, kerana singki rumah Z tidak ada penapis untuk singki tapi yang pastinya Z muntah dengan banyak sekali.

Sesudah Z muntah dia terus ke katil merehatkan tubuhnya sambil dipapah oleh sahabat ana. Kemudian kami menyuruhnya mengucap, Alhamdulillah Z dapat sebut dengan betul dan jelas. Tetapi apa yang rungsingnya Z banyak cakap dalam bahasa arab. Jika ditanya “kenal ana tak” dia akan mengulangi perkataan itu. Tetapi jika ditanya dalam bahasa arab, boleh je dia jawab.

Ana teruskan rawatan dengan bacaan ruqyah, selang beberapa minit Z terus memandang ana dengan tajam. Kemudian adik Z yang turut bersama kami dari tadi memberitahu Z masih tak makan apa-apa dari tengahari tadi. Ana menghentikan ruqyah dan menanyakan Z ,

“nak makan tak, nak makan ape”.

Z : naaak.. maakaaan.. taak…

Kemudian sahabat ana bertanya dalam bahasa arab:

Hal turiidu an ta’kul? Wa maza turiid? (Adakah engkau nak makan? Engkau nak apa?)

Z : aiwah.. naaam… (iya.. ya…)

Paham pulak si Z ni dalam bahasa arab. Tanpa berlengah adik Z pergi ke kedai membeli biskut nestum untuk diberikan pada Z.

Kami sama-sama menjamu selera sambil berbual dengan Z dengan bahasa arab. Memandangkan sudah lewat malam maka kami terpaksa memberhentikan dulu rawatan pada Z dan menyatakan pada adik Z untuk menyambung merawat Z pada esok pagi.

Keesokkannya kami datang, dan mendapati Z seolah pulih dan sihat seperti biasa kala. Walaupun begitu ana tetap perlu menghabiskan rawatan dan proses rawatan seterusnya kami berbekam. Semoga Z disembuhkan dari segala penyakit dan dipelihara dari pelbagai gangguan.

Sebelum kami pulang ana memberikan Z sedikit amalan harian untuk dijadikan amalan harian bagi mengelak dan terpelihara dari apa-apa gangguan.

Sama-sama kita doakan semoga Z disembuhkan dari segala penyakit zahir dan batin.

WaAllahu a‘lam..

Saturday, November 6, 2010

Pengalaman

Masih teringat lagi ana peristiwa yang berlaku pada awal bulan lepas. Ketika ana sedang mengemas kini fail majlis kebajikan pelajar dengan tiba-tiba ana mendapat panggilan daripada sahabat ana, “Assalamualaikum, enta free tak? kawan ana Z (bukan nama sebenar) baru saja lumpuh tak boleh bergerak dirumahnya, boleh enta tolong tengok-tengok kawan ana tu ”. Ah sudah , mana la ana tau bab-bab camnie, kalau bekam membekam ni boleh la, kalau dah sampai lumpuh camni apa yang perlu ana buat.. Ya Allah Kau bantulah aku menyelesaikan segala masalah ini dan Kau sembuhkanlah segala penyakit sahabat ini… “InsyaAllah ana cuba tengok macam mana” jawab ana..

Seperti yang dijanjikan kami bertemu di satu tempat dan sama-sama berangkat ke rumah Z dengan menaiki mishwar (kereta sewa). Sebelum kami berangkat sekitar jam 5.00pm Yaman ana sempat menghantar msg (pesanan ringkas) kepada ustaz Syakirin di Malaysia (Ridam) mengenai masalah ini. Ustaz Syakirin merupakan seorang antara perawat islam agak popular di tanah air. Ana cuma mengenalinya di internet sahaja, mahupun begitu beliau tidak pernah rasa jemu akan segala persoalan yang ditimbulkan oleh ana di internet, dan ana hanya belajar darinya melalui intenet.

Alhamdulillah kami sampai ke rumah Z sekitar jam 5.40pm, ketika itu matahari hampir terbenam untuk memberi laluan kepada sang bulan.. Cey wah, macam dalam novel la pulak..

Sebelum sampai ke rumah Z, hati ana berdebar-debar tak tahu kenapa.. Ana teruskan perjalanan sambil berdoa moga Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami di rumah Z.

Isterinya mempelawa masuk dan terus memberitahu keadaan suaminya yang berada dihadapan tandas. Kami terus bergegas ke tandas dan mendapati Z sedang duduk di pintu tandas.. Tanpa berlengah kami mengangkat Z dan letakkannya kedalam bilik.

Ya Allah kenapa ni? Apa yang sedang berlaku? Apakah yang terjadi kepada lelaki ini? Persoalan demi persoalan timbul dalam diri ana. Dalam keadaan tak tahu, ana pun memeriksa Z dengan sepengetahuan ana la.. Hati ana masih berdebar, tak tahu mengapa. Ana pun terus berlindung diri pada Allah daripada segala kemungkinan yang akan berlaku.. Selepas diperiksa, ana mendapati Z telah menghadapi gangguan. Ana nenyuruhnya mengucap, tapi dia tak boleh mengucap.. apa yang kedengaran dari mulutnya hanyalah dari surah al-fatehah ayat 5 : “ihdinashsirotal mustaqem”, berulang kali lafaz ini keluar dari mulut Z.

ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR …

Kedengaran azan maghrib sedang berkumandang, ana pun beritahu sahabat ana “kita sembahyang dulu, insyaAllah kita sambung selepas ini”. Kami ajarkan Z berwudhuk dan kami solat secara berjemaah dan Z solat diatas kerusi. Selesai sahaja solat maghrib, ana perdengarkan bacaan al-quran dari telefon bimbit ana ketelinganya. Pada mulanya dia hanya bersahaja tetapi selepas beberapa minit Z tidak begitu selesa, dia mula mencari dari mana datangnya bacaan itu. Kemudian dia bangun terus ke biliknya, maka kami bercadang membuat pendinding untuk rumah Z. Seorang sahabat ana bangun melaungkan azan ditengah rumah Z dan kami pun membuat pendinding, supaya segala gangguan keluar dan tidak dapat masuk mengganggu.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai ustaz L (bukan nama sebenar) datang untuk menziarahi Z. Ustaz L tersebut mengeluarkan alatan perubatan dan untuk memeriksa Z, penyakit apakah yang dihadapi oleh Z. Ana dan sahabat yang lain hanya melihat perbuatan ustaz L tersebut. Kemudian ustaz L memegang kaki Z sambil berkata “ish, kuat bende ni, abis kebas tangan aku”, ana pun menyampuk “ish.. mana ade ustaz, biase jer nie.. die kan sakit”. Ustaz L pun mengeluarkan kertas yang mempunyai doa syifa, kemudian dia menyuruh salah seorang dari kami untuk menghancurkan tulang ikan duyung (ujarnya la). Katanya tulang tersebut dapat menyembuhkan penyakit Z, lepas pada itu ustaz tersebut keluar tanpa berkata apa-apa. Apa yang dia buat ni? Teknik apa yang ustaz ni pakai? Ana terfikir-fikir..

Kemudian kami solat insyak secara berjemaah, kali ini tanpa si Z kerana melihat tubuhnya yang amat lemah terbaring diatas katil. Selesai solat kami kebilik Z melihat keadaannya, kemudiaan ana membaca ruqyah pada Z dan selang beberapa minit Z mengadu sakit perut. Z asyik meludah seolah-olah air liurnya semakin bertambah. Tiba-tiba terdetik dalam hati ana “ish, dia kena santau ker”. Kemudian ana bertanya kepada isterinya adakah Z sentiasa batuk pada waktu tengah malam, dia jawab selalu jugak. Kemudian ana pun membuka laptop dan membuka e-book ustaz Syakirin (Ridam) bagaimana cara merawat santau. Laptop tu ana bawa kerana nak terus pergi update antivirus selepas tengok si Z, Alhamdulillah.. rupanya ada hikmah disebalik itu. Sedang ana membaca e-book tersebut, telefon ana berbunyi dan ana mendapati no yang menghubungi ana adalah ustaz Syakirin.

Jam menunjukkan pukul 7.30pm sama dengan waktu di Malaysia pukul 12.30am. “Ya Allah, betul ke ustaz Syakirin yang telefon, dah lewat malam ni kalau waktu di Malaysia” terdetik seketika dalam hati ana sebelum mengangkat telefon. Kadangnya terasa terharu dan hiba untuk mengangkat telefon daripada ustaz Syakirin. Ana sengaja mempercepatkan perbualan kami kerana ingin menjimatkan kredit ustaz, walaupun begitu ustaz Syakirin masih sempat bergurau senda. Itulah pengorbanan seorang perawat yang tidak mengira waktu, tenaga dan wang ringgit demi memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan.

(Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ustaz Syakirin dan murahkanlah rezekinya).

Bersambung….

Alam jin dan Syaitan (2)

Allah S.W.T telah diceritakan kepada kita sesungguhnya jin diciptakan daripada api dalam firmannya; Surah Al-Hijr ayat 27;
27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.


Dan dalam surah Ar-rahman pula ayat 15;
15. dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang;


Dan sesungguhnya berkata Ibnu Abbas, ‘Akrimah, Mujahid dan Hasan dan lain-lain pada perkataan “dari lidah api Yang menjulang-julang” adalah hujung nyala api. Dalam riwayat lain adalah daripada kesucian dan kebaikan hujung nyala api tersebut. Berkata Imam Nawawi dalam syarahannya dalam sohih muslim “مارج " iaitu nyala api yang bercampur dengan api kehitaman. Dalam hadis yang dikeluarkan Imam Muslim daripada A’ishah berkata; berkatanya Rasulullah S.A.W ; “diciptakan malaikat daripada cahaya, dan diciptakan jin daripada lidah api yang menyala, dan diciptakan Adam daripada apa yang disifatkan bagi kamu”.


Terjemahan kitab :Alam jin dan syaitan

Pengarang : Sheikh Doktor Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar