Saturday, April 10, 2010

Bukti kewujudan JIN

Seorang sahabat minta keizinan daripada Nabi untuk menengok isteri yang baru dikahwininya. Maka, nabi mengizinkannya dengan bersabda "
"Bawalah pedangmu, aku khuatir kaum Quraizhah mencarimu"
Dengan itu, pemuda tersebut lantas mengambil pedangnya dan pulang menengok isteri yang dicintainya. Setibanya pemuda itu, ia telah melihat isterinya berdiri di hadapan rumah. kerana kecemburuannya, pemuda itu menghalakan tombaknya kerana mensyaki isterinya berlaku curang. Melihat perilaku pemuda itu, lantas isterinya berkata: "tahan dulu tombakmu sampai kau tahu apa yang telah mengeluarkan aku dari rumah"

Pemuda itu pun terus masuk, ternyata ia menjumpai seekor ular yang sangat besar sedang melingkar diatas tilam. Maka, pemuda tersebut terus mengarahkan tombaknya lalu membawanya keluar serta menghempasnya ketanah. Tiba-tiba ular itu menyerangnya, dan kedua-duanya telah mati setelah berlaku pergelutan.

Setelah mengetahui perkara ini, Abu Sa'id dan sahabat menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa pemuda yang terbunuh itu. Maka mereka pun berkata: "Mohonlah kepada Allah untuk menghidupkannya bagi kami".

Maka, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Mohonlah keampunan untuk teman kamu itu"

kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di Madinah ada jin-jin yang telah memeluk islam, jika kamu melihat sesuatu dari mereka maka izinkanlah mereka selama 3 hari, tapi jika kamu telah nampak mereka sesudah itu (lebih dari 3 hari) maka bunuhlah mereka, kerana mereka itu adalah syaitan".

setelah itu Rasulullah bersabda: "Pergilah, dan kuburkan sahabat kamu itu".

Petikan dari kitab Fatawa Syeikhul Islam Ahmad Ibnu Taimiyah